Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini nak kongsi dengan pembaca wanita satu tips macam
mana hendak menjaga kerukunan rumahtangga... Tips yang akan mengelakkan suami
daripada mencari yang lain... InsyaAllah..
Iaitu menemani suami ketika dia makan... Kalau
boleh, elakkan suami daripada makan seorang diri.. Kerana ketika itu
berkemungkinan suami akan makan dengan syaitan dan mudah dihasut oleh
syaitan... Dan syaitan dengan jahatnya akan meniupkan pelbagai prasangka dalam
hati suami.. Contohnya "bini kau dah tak sayang kau lagi.. entah2 dia ada
affair dengan lelaki lain.. " Lihat, ketika sedang makan seorang
diri pun syaitan boleh menghasut suami anda..
Isteri-isteri sekalian, walaupun ketika itu kita sedang
berdiet, atau sudah kenyang atau sedang sibuk menguruskan anak-anak, seboleh
bolehnya kita kena berusaha untuk makan bersama suami.. Walaupun kita
hanya makan sesuap dua.. Bukankah makanan yang dihidang dengan penuh kasih
sayang akan menjadi pengikat hubungan suami isteri, ditambah lagi dengan makan
bersama...
Sebenarnya kita lupa yang suami juga manusia biasa.. Punya
hati nurani... Walaupun mereka tampak gagah, mereka juga perlukan perhatian
seorang isteri... Mungkin di meja makanlah tempat perkongsian masalah mereka
dan juga cerita yang berlaku sepanjang hari...
Yang penting, apabila kita menemani suami, sebenarnya kita
sedang memberitahu suami kita.. "walau apa jua situasi, saya akan setia di
sisi awak, dan tidak akan meninggalkan awak.." InsyaAllah...
Jadi, mulai hari ini, jangan lupa temankan suami makan walau
sesibuk mana pun anda... Cuba menjadi isteri yang baik yang diredhai suami
dunia akhirat.. Sebab syurga sedang menanti anda wahai isteri yang diredhai
suami..
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wanita yang solehah
ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta
memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah
telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’ ayat 34)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan