19 April 2013

DOA PENGIKAT KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI



Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan petua dan doa untuk eratkan kasih sayang suami isteri dan baik dijadikan amalan supaya hubungan sentiasa segar. Doa ini juga membantu memberi kesejahteraan dalam hubungan suami isteri dan memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.

Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Cara aplikasikannya : Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

SELAMAT BERAMAL !!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan