19 April 2013

Cantik Luaran VS Cantik Dalaman



Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Wanita itu dinikahi kerana EMPAT perkara... Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya... Maka pilihlah AGAMAnya... Nescaya kamu beruntung dan berbahagia...." 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Cantik... Perkataan yang sangat sinonim dengan orang perempuan... Selalunya kecantikan perempuan itulah yang akan menarik hati seorang lelaki untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi... Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati... 

Cantik ni subjektif.... Pada A, gadis ni cantik... Tapi pada B, biasa je... Dan boleh jadi ini semua kehendak Allah... Mungkin disebabkan jodoh mereka berdua, Allah telah titipkan dan mengilhamkan rasa kasih dan suka A kepada gadis itu supaya dia meminang gadis tersebut untuk dijadikan isteri..... 

Sebenarnya semua perempuan diciptakan cantik... Tapi mereka bertambah cantik bila akhlak dan budi pekerti mereka juga cantik... Mereka yang baik budinya memang senang didekati oleh semua orang.. Mereka murah dengan senyuman dan rajin menghulurkan bantuan.. Tutur kata mereka pun lembut... Saya pun admire sangat dengan mereka yang baik budinya, baik tutur katanya walaupun saya seorang perempuan.... Fitrah manusia sukakan kecantikan apatah lagi kecantikan dalaman.. Tenang je hati bila bersama mereka....

"Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, 
tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai...

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati..."

Zaman sekarang ramai yang tertipu dengan kecantikan dan kehensemen pasangan masing-masing... Lelaki tertipu dengan make-up perempuan yang tebal manakala perempuan tertipu dengan kehensemen lelaki yang kononnya seorang yang berjaya dalam hidup, mempunyai banyak harta dan sebagainya... Itulah cinta yang berteraskan nafsu semata-mata.. Nafsu kerana cintakan harta dan rupa yang cantik... Semoga kita semua dijauhkan daripada cinta sebegini... Aminn...

Cantik dalaman boleh dilihat melalui pergaulan seseorang itu dengan keluarganya, rakan-rakannya, dan juga dengan manusia di sekelilingnya... Adakah dia seorang yang disenangi ataupun tidak... Kemudian lihatlah tanggungjawab dan peranannya sebagai seorang hamba Allah, seorang anak kepada ayah dan ibunya, dan juga sebagai seorang abang, adik, ataupun kakak... Sebab tanggungjawab itu nilai yang paling penting sekali.... Bila dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, maka baiklah tanggungjawab dia untuk -membina keluarga bersama-sama kita nanti.. InsyaAllah... Yang terbaik, lakukan Solat Istikharah dalam apa jua keputusan yang ingin dilakukan sama ada dalam hal jodoh, kerjaya, atau kehidupan...

Sabda Nabi S.A.W..




" Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak akan ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat.." 

(Hadis Riwayat Thabrani)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan