Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan kita
mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa jaminan
syurga anda ada padanya.
Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki
dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari
anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita.
Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si
suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak
pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Di bawah merupakan beberapa langkah yang kita sebagai isteri
lakukan supaya lelaki yang bergelar suami tetap setia bersama kita, insyaAllah.
1. Fahamilah perasaan suami
Faham persaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan
cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami
sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan
dengan kehendak agama.
2. Gunakan kuasa pujukan
Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan
menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah
minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya.
Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan
wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan
minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.
3. Menghormati dan memahami kehendaknya
Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi
penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi
penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada
perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.
4. Tujukkan rasa gembira bila bersama
Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita
rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki
juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan .
Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan
sentiasa kagum dengan sifat keibuan.
5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan
Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh
suami. Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran
terbuka.
6. Menghormati diri sendiri
Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai
keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi
menjaga maruah rumahtangga.
Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan
antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan atau jiran
tetangga.
Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada
suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!